Wednesday, September 29, 2010

Misi Jakel gedung untuk semua


NORAINEE (kiri) melihat salah satu rekaan kain yang terdapat di Wisma Jakel selepas dirasmikan oleh Sultan Selangor di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Kumpulan Jakel (Jakel), peruncit tekstil terkemuka di Malaysia, merancang untuk membuka sebuah pusat tekstil di Bangi, Selangor dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, pihaknya akan terus berusaha dalam mempertingkatkan liputan dan mutu perkhidmatan, di samping kepelbagaian koleksi tekstil berkualiti pada harga yang berpatutan untuk setiap lapisan pelanggan.

“Banyak perkara yang ingin dilakukan untuk perniagaan ini dan kami berhasrat dalam menjadikan Jakel sebagai satu jenama tempatan yang sinonim dengan ‘gedung untuk semua’,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Wisma Jakel di sini semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perancangan perluasan perniagaan itu.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Merupakan cawangan yang ke-20, bangunan setinggi enam tingkat dengan keluasan 7,432 meter persegi itu juga merupakan gedung tekstil Jakel yang terbesar di Malaysia dengan berkonsepkan pusat sehenti fabrik untuk seisi keluarga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: