Tuesday, September 28, 2010

Buatlah filem dokumentari

Kita pernah dengar slogan membawa filem kita ke persada dunia sejak lama dulu. Namun filem cereka penghasilan anak tempatan masih tidak mampu pergi jauh.

Kita sudah boleh berbangga apabila ada beberapa filem yang memenangi beberapa anugerah dalam festival di luar negara. Tapi kehendak penonton luar untuk menontn belum ada. Sebab itu tak ada lagi yang dapat permintaan tayangan.

Rais Yatim menyampaikan wang raya kepada pelakon veteran

Berbeza sekali dengan filem dokumentari yang ada pasaran tersendiri. Malah isi kandungan bahan tempatan pernah dihasilkan oleh pembikin filem dokumentari luar. Kerana masa depan cerah itulah pihak kerajaan menggalakkan penerbitan filem dokumentari.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) memperkenalkan program dokumentari Ke Perdada Dunia sejak tahun lalu. Majlis pelancaran program itu dan program penerbitan filem kenegaraan diadakan dalam satu majlis sempena sambutan hari raya di Dataran Karyawan Finas baru-baru ini.

Program Ke Persada Dunia bertujuan memberi peluang kepada pembikin filem dokumentari tempatan menerbitkan dokumentari bagi tujuan pasaran antarabangsa. Dokumentari ini mensasarkan pencarian subjek yang mencerminkan identiti Malaysia dari sudut sosioekonomi, sains dan teknologi serta tokoh dan budaya. Tidak ketinggalan sejarah dan hidupan liar.

Datuk Ahmad Jais hiburkan tetamu

"Di negara kita banyak bahan yang boleh dijadikan filem dkumentari yang boleh menarik pihak luar negara, jadi gunalah kesempatan ini untuk menghasilkannya.

"Terbitlah filem dokumentari dan filem keneragaan yang mampu memaparkan keunikan serta kepelbagaian bangsa 1Malaysia," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dalam majlis tersebut.

Program penerbitan dokumentari ini dibuka kepada semua penggiat filem untuk menerbitkan 13 dokumentari durasi 30 minit dan 13 dukumentari sepanjang 60 minit dengan pembiayaan RM60,000 hingga RM125,000 setiap episod (program 30 minit) dan RM125,000 hingga RM200,000 setiap episod berdurasi 60 minit.

Sehingga hari ini sudah lapan dokumentari telah disiapkan oleh beberapa penerbit antaranya berjudul Chinggay Man, The Sharman's Apprentice, Kayu Api Penyambung Rezeki, Vat 69: Malaysia's Very Able Troopers dan lain-lain yang kesemuanya mencecah RM1.36 juta.

Dalam majlis itu juga Rais menyampaikan sumbangan wang raya kepada artis veteran dan yang kurang sihat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: