Thursday, September 30, 2010

Avant-garde Terap Gaya Santai, Selesa

Ruang santai keluarga di aras satu membolehkan anak-anak berehat dan menonton televisyen.

KONSEP kediaman mewah hari ini tidak lagi dibayangi rekabentuk banglo tipikal. Sebaliknya, pendedahan dan percambahan kreativiti arkitek tempatan berbakat berjaya mewujudkan konsep baru yang lebih praktikal, menepati gaya hidup moden masa kini.

Terbaru, Contours Twin Courtyard Villa di puncak Melawati Heights mempersembahkan kelainan dengan menggabungkan ciri-ciri mesra alam yang disokong teknologi bijak agar penghuni tidak lagi gusar terhadap isu keselamatan dan kesan pencemaran gara-gara persekitaran tidak kondusif.

Bayangkan kediaman terpencil berpagar dan dilengkapi elemen keselamatan berperingkat merangkumi dua buah pavilion - satu untuk menikmati kehidupan sosial dan satu lagi ruang khas bagi melindungi privasi serta keselesaan keluarga tersayang.

Istimewanya Contours adalah struktur avant-garde yang menghubungkan kedua-dua buah pavilion tersebut menerusi jambatan, di bawahnya tersergam kolam mandi peribadi untuk menceriakan suasana hujung minggu, apabila semua ahli keluarga berkumpul semula.

Setiap kategori unit mempunyai rekabentuk kolam mandi berbeza mengikut kesesuaian struktur muka bumi.

Juga tersedia lif persendirian berpanel kaca untuk memudahkan pergerakan warga emas dan kurang upaya menjelajahi segenap ruang kediaman tersebut dengan selesa. Demi keselamatan semua, setiap 41 buah unit dihubungkan menerusi sistem penggera ke pondok pengawal juga rondaan berkala serta sistem SimonVoss Digital Locking & Access Control.

Sudah tentu pemilik rumah mahukan jaminan agar kemasan indah berkualiti tinggi itu tahan untuk jangkamasa yang lama. Justeru, Owens Corning Shingles dipasang untuk menjamin bumbung kekal warnanya juga tahan terhadap serangan kulat.

Di samping itu, rekabentuk anggun bagi menonjolkan keluasan ruang dalaman kediaman mewah ini jelas kelihatan pada kamar solek dan bilik mandi master suite, termasuk kemasan dinding batu dan lantai granit.

Pada masa sama, villa berkembar Contours direka khas sebagai kediaman berimpak rendah terhadap alam sekitar tanpa menjejaskan keselesaan penghuni.

Penjimatan tenaga optimum dipastikan menerusi bumbung berinsulasi baik, cat pantulan ultra ungu (UV) untuk dinding luar selain perancangan ruang dan memanfaatkan pencahayaan semula jadi sehabis baik.

Bilik tidur anak-anak bersaiz paling kecil, tetapi cukup luas dan selesa.

Selain itu, sistem pengumpulan air hujan dan air panas solar memberikan kelebihan kepada pemilik Contours Villa agar lebih memelihara alam sekitar. Villa tiga tingkat ini juga dilengkapi sistem interkom, pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) pada dinding perimeter, pendawaian tiga fasa dan garaj kereta.

Ciri-ciri tambahan yang pasti menarik minat seisi keluarga terletak di lokasi rumah kelab dengan kemudahan seperti splash park, taman permainan kanak-kanak dan gimnasium.

Terletak kira-kira 10 minit dari pusat bandar raya Kuala Lumpur, Contours mempunyai akses mudah kepada Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.aqrs.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: