Tuesday, September 28, 2010

Amy rai peminat

Amy Mastura sentiasa meluangkan masa untuk bersama-sama ahli kelab peminat Amy Mastura Fan Club (AMFC) apabila ada hari-hari istimewa yang mahu diraikan.

Sempena musim perayaan ini Amy bersama-sama peminat dalam majlis hari raya anjuran AMFC yang diadakan di Restoran Rebung, Bangsar baru-baru ini.

Amy dan pasukannya dalam game teka kata

Selain juadah hari raya yang meriah, majlis yang dinamakan Setahun Sekali Bersama Amy Mastura itu dimeriahkan lagi dengan acara games, peragaan pakaian terbaik serta menghasilkan kuih raya yang unik sesuai dengan laghu-lagu Amy.

Amy sendiri sporting dan bersama-sama menyertai games yang dijalankan oleh peminat setianya. Sesungguhnya acara hari itu diuruskan sepenuhnya oleh peminat yang selama ini bersama-sama Amy.

"Amy pun tak tahu apa aktiviti yang mereka rancangkan, tapi sebagai menghargai usaha peminat, Amy ikutlah apa yang telah mereka rancang," kata Amy. Suami dan anak-anak juga turut bersama-sama dalam majlis tersebut.

Amy amat berterima kasih kepada peminat yang selama ini menyokong sebarang aktiviti yang membabitkannya. Dia sedar mereka memainkan peranan dalam memastikan kerjayanya berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: