Tuesday, August 31, 2010

Lebih 10,000 permohonan Insurans Pos Raya

KUALA LUMPUR - Insurans Pos Raya yang disediakan oleh Pos Malaysia menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan sehingga kini lebih 10,000 permohonan sudah diterima.

Ketua Insurans Runcit PosNiaga, Azlina Abdullah berkata, sambutan positif itu berikutan harga caruman yang rendah selain proses permohonan yang mudah serta tidak melibatkan pemeriksaan kesihatan.

"Pemohon hanya perlu mengisi borang yang memerlukan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon serta bayaran yang minimum di lebih 700 cawangan Pos Malaysia di seluruh negara.

"Kira-kira 80 peratus pengunjung pejabat pos juga memberikan maklum balas yang positif ketika diperkenalkan dengan perlindungan insurans yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: