Tuesday, August 31, 2010

Catat untung RM377.655 juta


SAYAP perbankan BIMB Holdings yang diterajui oleh Bank Islam dijangka kekal sihat walaupun berdepan dengan persaingan sengit.


KUALA LUMPUR – BIMB Holdings Bhd. (BIMB Holdings), mencatatkan keuntungan kumulatif 12 bulan sebelum zakat dan cukai RM377.655 juta berbanding RM299.132 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan kumpulan itu meningkat 8.9 peratus kepada RM1.623 bilion daripada 1.490 bilion tahun lepas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kepada Bursa Malaysia di sini semalam, keuntungan yang lebih tinggi sebelum zakat dan cukai itu disebabkan prestasi kukuh Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) dan Syarikat Takaful Malaysia Bhd.

Bank Islam memperoleh keuntungan sebelum zakat dan cukai sebanyak RM313 juta melebihi tahun kewangan tahun lepas sebanyak 34.3 peratus atau RM79.9 juta.

Takaful Malaysia pula mencatatkan pemindahan lebihan yang lebih tinggi daripada dana keluarga dan takaful am sebanyak RM162.7 juta berbanding RM147.7 juta sebelumnya.

Bagi prestasi tiga bulan yang berakhir 30 Jun 2010 itu, BIMB Holdings mencatatkan keuntungan lebih rendah sebelum zakat dan cukai sebanyak RM75.644 juta berbanding RM116.651 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: