Tuesday, June 29, 2010

Setia melampau undang padah


ABDUL JALIL memperkatakan sesuatu kepada suspek pecah rumah warga Argentina pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya semalam.


AMPANG JAYA - Malang berganda menimpa seorang lelaki Argentina apabila bukan sahaja ditahan kerana pecah rumah malah teman wanitanya turut menerima nasib sama apabila cuba merasuah polis bagi membebaskannya kelmarin.

Kejadian pukul 2.30 petang itu berlaku apabila dua anggota polis menahan sebuah kenderaan Toyota Avanza yang dinaiki suspek dikenali sebagai Nelson, 25, bersama empat lagi rakannya di kawasan Bukit Antarabangsa selepas diekori sejauh dua kilometer.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan bagaimanapun berkata, ketika hendak dihampiri, suspek telah memecut hingga melanggar pembahagi jalan berhampiran Kelab Bukit Antarabangsa.

"Empat rakan suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran manakala yang memandu kenderaan itu dapat diberkas.

"Pemeriksaan di dalam kereta itu menemui sebuah televisyen paparan cecair kristal (LCD), pemutar skru, pemotong wayar dan playar yang disyaki digunakan untuk kegiatan menyamun di sekitar kawasan Bukit Antarabangsa," katanya yang memberitahu kenderaan itu merupakan kenderaan curi.

Tambahnya, suspek kemudian cuba menawarkan rasuah berjumlah RM10,000 kepada dua anggota tersebut dan telah menaikkan tawaran sebanyak sekali ganda lagi selepas mendapati kedua-dua anggota itu enggan menerimanya.

Menurut Abdul Jalil, sebagai perangkap, dua anggota itu iaitu Konstabel Mohd. Najib Razak, 24, dan Konstabel Ridzuan Zulkifli, 26, berpura-pura bersetuju menerima wang tersebut yang akan dihantar oleh teman wanita suspek.

"Tiga jam kemudian, seorang wanita Serani berusia 41 tahun dari Petaling Jaya tiba di Balai Polis Hulu Klang untuk menyerahkan satu bungkusan wang berjumlah RM17,500," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: