Tuesday, June 29, 2010

Robert Pattinson & Kristen Stewart Berdolak-Dalik Kisah Cinta

Robert Pattinson dan Kristen Stewart ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem The Twilight Saga: Eclipse pada 24 Jun lalu di Los Angeles.

WALAUPUN keintiman mereka sudah diketahui seluruh dunia, dua bintang Twilight Robert Pattinson dan Kristen Stewart terus berdolak-dalik tentang gosip hubungan mereka.

Menurut laporan nypost.com, pasangan sensasi remaja itu dilihat berpimpin tangan ketika berada pada majlis meraikan filem The Twilight Saga: Eclipse baru-baru ini.

Bagaimanapun, mereka tidak hanya bermesraan sesama sendiri sahaja. Sebaliknya, turut dilihat bergaul dan berbual dengan para hadirin lain pada majlis itu.

Kemesraan Pattinson dan Stewart dihidu ketika mereka menyertai para pelakon dan tenaga produksi filem itu pada majlis yang diadakan di Hotel Thompson Beverly Hills.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: