Tuesday, June 29, 2010

Gembira dibebaskan dakwaan biayai pengganas


AL KHELAIW ALI ABDULLAH mencium lantai sebuah mahkamah selepas dibebaskan daripada dakwaan membiayai pengganas di Jakarta semalam.


JAKARTA - Sebuah mahkamah Indonesia semalam membebaskan seorang lelaki Arab Saudi, Al Khelaiw Ali Abdullah yang didakwa terbabit membiayai dua serangan bom pengganas di dua buah hotel mewah di sini tahun pada lalu.

Ketua hakim mahkamah di Jakarta Selatan itu Ida Bagus Dwiyantara berkata, Al Khelaiw, 54, hanya disabitkan dengan kesalahan imigresen dan dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan.

Hakim menggugurkan kes pendakwaan lelaki itu yang didakwa terbabit menyalurkan dana kepada kumpulan pejuang Islam yang diketuai oleh Allahyarham Noordin Mohammed Top dari Malaysia yang mati dalam serbuan polis di Pulau Jawa tahun lalu.

Al Khelaiw didakwa memberikan wang itu kepada rakan subahat Noordin, Syaifudin Jaelani sebelum serangan ke atas dua hotel di sini dilakukan.

Namun, tidak ada bukti bahawa rakyat Arab Saudi itu mengetahui aktiviti pengganas Syaifudin.

Rakyat Arab Saudi itu mengaku tidak bersalah berhubung dakwaan tersebut dengan menyatakan dia cuma meminjamkan wang kepada rakan sekutu dalam satu rancangan perniagaan. Selepas keputusan tidak bersalah itu dibacakan, Al Khelaiw berjabat tangan dengan hakim dan berkata: "Pujian kepada Tuhan."

Menurutnya, dia berasa gembira kerana pihak mahkamah membuat keputusan yang adil.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: