Tuesday, June 29, 2010

Artis baru tak reti bawa diri

Mangga Muda sebenarnya kesian melihat nasib penyanyi baru yang semakin ramai semakin banyak yang sudah nak cari makan sebab tak ada orang nampak potensi mereka. Ditambah pula dengan diri mereka sendiri yang rasa hebat dan tak pandai bawa diri.

Macam ni... Mangga Muda dengar rungutan seorang yang pernah berurusan dengan budak-budak realiti show ni. Bila dah bersama-sama dalam satu majlis tu dia perhatikanlah gelagat mereka. Lebih-lebih lagi apabila ada di antara mereka yang sudah berurusan dengannya beberapa kali.

"Ada yang tak pandai membawa diri... tak reti nak tegur orang. Bukanlah saya mintak ditatang, setidak-tidaknya tunjukkan sifat yang baik bila bertemu orang.

"Saya lihat artis lelaki yang sorang tu asyik dengan gajet dia sahaja apabila berada dalam satu kelumpuk ramai," kata kawan itu yang sudah lama terlibat dengan artis-artis ni.

Apabila melihat ada semacam perangai tak berapa sempurna pada diri penyanyi baru tu, si kawan Mangga Muda pun perhatikanlah dan membuat rumusan yang penyanyi itu tak pandai nak bergaul dan berasa seolah-olah dirinya hebat sangat apabila ada stesen radio memutarkan lagu nyanyian dia.

"Alamatnya tak panjanglah hayat penyanyi tu dalam bidang seni kalau berterusan dengan sikap macam itu," kata kawan itu lagi sambil menghirup kuah laksa yang dimakan bersama-sama Mangga Muda.

Kawan itu puji sikap seorang kawan si penyanyi yang sama-sama lahir daripada program realiti bersama si penyanyi kekwat tadi. Walaupun baru sekali berurusan dengannya, apabila berjumpa semula tak menang kaki dan tangan datang bersalam dan bertanya khabar.

"Orang macam itulah yang akan berjaya kerana memiliki sifat semulajadi yang pandai menghormati orang," puji kawan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: