Tuesday, June 29, 2010

Ariel bunuh diri?



Sejak Sabtu lalu peminat dunia hiburan di Indonesia menerima khabar buruk kononnya Ariel membunuh diri.

Kematian Ariel dikatakan berpunca apabila dia menelan pil secara berlebihan akibat tekanan kerana tuduhan melakukan seks tanpa nikah dengan selebriti negara itu, Luna Maya dan Cut Tari.

Selain tekanan itu, masalah Ariel bertambah rumit apabila polis turut menemui pita rakaman aksi tidak bermoralnya dengan empat lelaki.

Bagaimana pun cerita hangat itu sampai ke telinga Ariel yang kini sedang ditahan untuk membantu siasatan berhubung video lucahnya.

Menurut satu sumber yang dekat dengan vokalis Peterpan itu, Ariel ketawa sebaik mengetahui dirinya telah mati di dalam penjara dan merasakan berita yang tersebar itu sangat lucu dan aneh.

Malah, Ariel ternyata masih sihat dan sentiasa berbual bersama banduan lain di dalam penjara tersebut.

Sementara itu, pengurus penyanyi itu, Budi Suratman menyifatkan berita palsu itu datangnya daripada mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga meresahkan masyarakat terutama para peminat vokalis Peterpan.

”Kami ingin memberitahu kepada masyarakat bahawa Ariel sihat dan tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini pada dirinya,” katanya kepada pemberita seperti yang disiarkan portal detikhot.com malam Sabtu lalu.

Budi Suratman berharap masyarakat mengetahui perkara yang sebenar dan tidak mempercayai khabar angin yang timbul.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: