Friday, April 30, 2010

Stok penimbal gula diaktif semula

KUALA LUMPUR - Masalah kekurangan gula bakal berakhir apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengaktifkan 'stok penimbal' di setiap negeri bermula hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, stok tersebut bukan sahaja untuk menambah bekalan ekoran permintaan yang tinggi malah digunakan untuk kes-kes kecemasan melibatkan pembekalan gula kepada peruncit.

Beliau berkata, bekalan gula akan ditambah kira-kira 10 peratus iaitu antara 300 dan 600 tan sebulan bagi menampung pertambahan permintaan.

"Stok ini juga dapat membantu masalah kelewatan bekalan ekoran masalah pengangkutan seperti yang berlaku di Sarawak beberapa hari lalu disebabkan kelewatan kapal," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: