Thursday, April 29, 2010

Restoran terbaik saji bauan lembu


GAMBAR fail menunjukkan Chef Rene Redzepi (kiri) bercakap dengan seorang stafnya di restoran Noma, Copenhagen pada 12 Disember lalu.


COPENHAGEN - Restoran Noma di Denmark mengungguli senarai 50 restoran terbaik di dunia pada Isnin lalu kerana menyediakan masakan Scandinavia yang paling baru.

Senarai itu dikeluarkan oleh majalah Restaurant di Britain selepas diundi oleh satu panel terdiri daripada 806 chef, pengendali restoran, wartawan dan pakar makanan.

Restoran itu terletak di sebuah gudang kapal yang telah diubahsuai di Copenhagen.

Tukang masak Noma, chef Rene Redzepi telah mencipta menu masakan yang mengandungi bauan lembu, sumsum salai, ikan kerakap, selada air dan kapis kering.

Pendekatan masakan Noma lazimnya tertumpu kepada usaha mendapatkan bahan-bahan mentah terbaik dari rantau Scandinavia.

Bahan-bahan mentah itu ialah kupang kuda dan ketam laut dalam selain ikan kod rumpai laut serta dadih dari Iceland.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: