Friday, April 30, 2010

Christina Aguilera Nafi Tiru Imej Lady Gaga

PENYANYI Christina Aguilera menyangkal dakwaan yang mengatakan dia meniru imej dan gaya penyanyi Lady Gaga dalam klip video terbarunya.

"Individu itu (Gaga) menarik perhatian saya sejak akhir-akhir ini tapi sejujurnya saya tidak pasti siapakah dia sebenarnya.

"Saya tidak tahu sama ada dia seorang lelaki atau wanita. Ketika itu saya benar-benar tidak pasti," katanya yang dipetik sebagai berkata kepada laman web okmagazine.com.

Sebelum ini, Gaga pernah memakai skirt PVC berwarna hitam dan coli sahaja ketika dalam penerbangan dari London ke Los Angeles dan Aguilera turut dilihat mengenakan imej yang sama dalam klip videonya.

Ketika diminta memberi komen, Gaga berkata secara sinis, "Saya sangat tersentuh dengan apa yang berlaku. Dia seorang bintang besar dan saya patut memberikan sejambak bunga sebagai tanda penghargaan.

"Memang ramai orang Amerika yang tidak kenal siapa saya hingga publisiti imej pelik ini tersebar luas. Ia satu pengiktirafan sebenarnya apabila bintang besar sepertinya (Aguilera) meniru imej saya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: