Friday, April 30, 2010

Bilangan trafik naik 4 peratus


KUTIPAN tol daripada Lebuh Raya Utara-Selatan merupakan penyumbang tertinggi pendapatan PLUS pada tahun lalu.


PETALING JAYA - Bilangan trafik yang melalui LebuhRaya Utara-Selatan dijangka meningkat sehingga empat peratus berbanding kira-kira 393 juta kenderaan yang menggunakannya pada tahun lalu.

Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad (PLUS), Noorizah Abd. Hamid berkata, antara penyumbang kepada peningkatan statistik itu ialah keyakinan pengguna terhadap perkhidmatan yang disediakan termasuk kemudahan yang sentiasa dipertingkatkan serta keselesaan dan ciri-ciri keselamatan pengguna yang diutamakan.

"Selain membina tiga persimpangan bertingkat yang menelan belanja kira-kira RM250 juta di Sungai Buaya, Selangor; Alor Pongsu, Perak dan Bukit Gambir, Johor serta penyediaan laluan baru ke dalam rangkaian lebuh raya itu, kami akan terus meningkatkan taraf kawasan rihat dan rawat (R&R), hentian sebelah serta plaza tol.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: