Thursday, April 29, 2010

24 jam berkepit!

HUH! Terkejut juga Marilyn dengar cerita panas yang dibawa oleh seorang teman Marilyn, Fiona Nanuni ketika mengikuti rombongan percutian bersama seorang penyanyi berkumpulan baru-baru ini.

Nak tahu tak, penyanyi lelaki daripada sebuah kumpulan yang agak popular asyik berkepit 24 jam bersama kekasihnya yang juga seorang penyanyi baru.

Beritahu Fiona, dia tidak kisahlah jika penyanyi itu mahu membawa kekasih mengikuti rombongan tersebut tetapi kehadiran kekasihnya itu telah mengganggu matlamat asal penyanyi bersama kumpulannya tersebut yang membawa media bersama mereka.

“Aku tak kisah pun dia bawa kekasih tapi yang aku angin satu badan tu, perangai dia berubah sebaik sahaja kekasihnya tiba sehari selepas rombongan media dan kumpulan tersebut tiba di destinasi percutian.

“Kalau sebelum itu bukan main ramah mesra dengan media, kata orang boleh duduk semeja untuk bersembanglah tapi bila ada kekasih tiba-tiba penyanyi itu bertukar menjadi tugu.

“Maksudnya, kalau di khalayak penyanyi itu hanya akan berdiri di satu sudut, sedar-sedar dia dan kekasihnya sudah hilang daripada pandangan. Malah, penyanyi lelaki itu kelihatan amat takut untuk bertegur seperti biasa dengan peminat dan pihak media,” cerita Fiona lagi.

Huh! Hebatnya kuasa kekasih penyanyi lelaki itu. Mana tidaknya, penyanyi lelaki itu sememangnya dikenali dengan sikap peramahnya.

Mungkin itu adalah taktiknya untuk memikat hati kekasih barunya itu? Apa pun, selamat maju jaya kepada dua penyanyi yang Marilyn letak mereka dalam kategori artis suam-suam kuku itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: