Friday, January 29, 2010

Zarul (Umbrella) aktif bisnes online

Masih kenal dengan wajah ini? Mungkin ada yang ingat-ingat lupa. Tapi kalau sebut lagu Ramalanku Benar Belaka pasti ingat kan? Ya! Inilah penyanyi utama kumpulan Umbrella, Zarul.

Zarul memang lama menyepi sebab memiliki kerja tetap sebagai peramugara dengan Penerbangan Malaysia sejak 10 tahun lalu. Tapi dalam jiwanya masih ada jiwa seni dan sentiasa dekat dengan seni. Sebab itulah perkerjaan lain yang dia lakukan pun ada menjurus kepada seni, khususnya muzik. Mahu tahu lebih lanjut?

Zarul Umbrella

Masih tampan

"Saya sebenarnya menjalankan perniagaan berteraskan internet. Apa yang saya buat sekarang ada juga kena mengena dengan bidang muzik. Ia tidak langsung mengganggu pekerjaan saya," kata Zarul kepada Mangga Online.

Zarul menjalankan perniagaan melalui laman blognya, www.zarulumbrella.com yang menjurus kepada kausahawanan internet. Blog tersebut memuatkan maklumat Zarul yang memberitahu perkembangan terkini pasal bisnes yang dilakukannya.

Pada laman blog tersebut ada pautan untuk ke laman perniagaan yang diusahakannya iaitu, asas affiliate di www.zarulumbrella.com/asasaffiliate, www.rahsiavokal.com, www.kelasvokal.com.

Dalam laman asas affialiate Zarul mengajar pengunjung untuk menjalankan bisnes internet secara sambilan. Pengetahuan itu diperolehi secara percuma di laman tersebut.

Dalam laman rahsiavokal.com, Zarul menurunkan sedikit ilmu kepada sesiapa yang berminat dalam nyanyian dan memberi panduan bagi yang ingin memasuki pertandingan nyanyian.

Antara topik yang dibincangkan ialah stamina, konsisten semasa menyanyi, kecederaan suara dan lain-lain. Melalui laman ini juga Zarul menjual ebook berjudul kepada pengunjung yang berminat.

Setakat ini Zarul menyediakan dua buah ebook iaitu Rahsia Vokal: Ketahui Teknik Mudah Yang Bakal Mengubah Skil Nyanyian Anda dan Panduan Ringkas Membaca Nota Muzik yang dijual pada harga RM35. Dia akan menghasilkan ebook lain dari semasa ke samasa.

"Saya mula aktif di dalam bidang ini sejak April 2009. Saya mengenali keusahawan internet ini setelah dihadiahkan sebuah komputer riba oleh isteri saya sekitar bulan November 2008, namun sebelum itu saya hanya menjadi subscriber kepada usahawan internet lain selama beberapa bulan.

Zarul Umbrella

Mahu jadi usahawan internet berjaya

"Setelah membeli buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar, minat terhadap bidang ini semakin bercambah. Saya menambah ilmu dengan membaca ebook berkaitan.

"Setelah beberapa bulan, saya memutuskan untuk fokus dalam pemasaran affiliate dan juga penerbitan ebook. Saya mula menghasilkan sebuah ebook percuma Asas Affiliate sekitar Ogos 2009.

"Saya kemudian menulis sebuah ebook berkaitan nyanyian iaitu 50 Tips & Fakta Nyanyian Oktober 2009," kata Zarul.

Setelah beberapa bulan dilancarkan, ebook tulisannya mula mendapat sambutan menggalakkan. Zarul bangga apabila dapat berkongsi maklumat pasal muzik dengan orang yang meminati bidang itu.

Zarul Umbrella

Tak payah buat kerja ni- Zarul

"Saya semak juga dan setahu saya tidak ada buku yang secara langsung mengajar teknik vokal kepada pembaca di Malaysia. Selama ini kalau mahu belajar teknik vokal, kita kena ke kelas vokal. Sekarang segala-galanya boleh didapati dengan mudah," jelas Zarul lagi.

Rakam lagu?

Zarul akui dia masih berminat untuk kembali merakam lagu. Apatah lagi sekarang ini banyak penyanyi menghasilkan single dan pendapatan diperolehi melaluai jualan lagu secara digital.

"Melihat perkembangan sekarang saya terdetik juga untuk merakam single baru... tengoklah kalau ada lagu yang benar-benar sesuai dengan suara saya dan kehendak peminat sekarang, saya akan kembali rakam lagu.

"Saya juga dengar lagu-lagu popular nyanyian kumpulan Indonesia seperti Wali Band mirip kepada konsep lagu-lagu semasa kumpulan Umbrella aktif dulu," kata Zarul.

Apatah lagi apabila dia masih dihujani permintaan untuk mengadakan persembahan berssama Umbrella, namun tidak dapat melunaskannya lantaran terikat dengan kerja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: