Friday, January 29, 2010

Suara hati Asmawi Ani


MAWI dan isteri tercinta, ekin.


MAWI lagi? Apa tiada lagi artis lain yang wajar diberi ruang yang sama? Pastinya ada yang akan terus mempersoalkan kenapa Hits memberi peluang sekali lagi kepada penyanyi lelaki popular ini dalam halaman hiburan ini dalam tempoh yang singkat.

Peminat berhak untuk mempersoalkan perkara ini namun kami punya sebab kenapa memberi ruang kepada juara Akademi Fantasia (AF) musim ke-3 ini.

Semuanya bertitik tolak daripada rentetan cerita-cerita kurang manis yang disiarkan dalam akhbar dan majalah mengenai Raja SMS ini.

Dari hari pertama melangkah ke gelanggang seni sehingga memasuki tahun kelima penglibatannya sebagai artis, Mawi tidak habis-habis menjadi mangsa kritikan.

Entah kenapa dia sering menjadi sasaran banyak pihak yang barangkali tidak senang dengan pencapaian dan kedudukannya dalam industri hiburan.

Kalau isu kerjaya seninya saja didebat, Mawi mungkin tidak berkecil hati kerana itu merupakan sebahagian daripada tuntutan hidup sebagai anak seni.

Tetapi, apabila perihal kedudukan dan kehadiran beliau dan isterinya, Ekin ke majlis-majlis sosial hiburan mula dipersoalkan, dia dapat merasakan ada yang tidak kena.

Apa menjadi satu kesalahan buat dia membawa isteri yang dinikahinya secara sah pada Disember 2008 ke pelbagai acara yang melibatkan kehadiran selebriti?

Lebih daripada itu, bukankah Ekin juga seorang artis?

"Bingung saya dibuatnya. Bawa isteri ke majlis pun dianggap salah," luahnya penuh tanda tanya pada satu pertemuan dengan Hits petang Selasa lalu.

Sebetulnya, sebagai seorang yang waras akal fikirannya, Mawi atau Asmawi Ani tidak pernah terdorong untuk mempersoalkan hak masyarakat dan media yang mengambil berat mengenai kehidupan peribadinya.

Bahkan, sebagai artis, dia mengakui, kehidupannya harus dikongsi dengan seluruh khalayak.

Namun, yang bersarang di fikirannya ketika ini ialah kenapa tindakan isterinya menemani beliau ke beberapa acara hiburan tidak disenangi ramai.

"Sebagai lelaki saya masih boleh menerima cakap-cakap orang tetapi pernahkah mereka yang menghentam kami memikirkan perasaan Ekin?

"Dia (Ekin) wanita, hatinya mudah terguris. Saya kasihan melihat isteri yang kadang-kadang menangis membaca laporan yang kurang manis mengenai kami.

"Bahkan, Ekin juga ada ketika disindir oleh orang-orang yang kurang senang dengan kehadirannya," kata Mawi sambil merenung ke arah isterinya yang tekun mendengar perbualan antara penulis dengannya.

Selesai Mawi menjawab soalan berkisar kepada kritikan terhadap kehadiran Ekin yang sering menemaninya, emosi isterinya yang comel itu pula cuba dikongsi.

Benarlah seperti apa yang disebut Mawi, hati kecil isterinya itu benar-benar tersentuh apabila ada yang tidak menyenangi melihat kelibatnya bersama suami.

"Bukannya saya nak sangat ikut Mawi ke hulu ke hilir. Selalunya penganjur yang beria-ia mempelawa Mawi membawa saya bersama ke majlis anjuran mereka.

"Sebagai orang Melayu, tidak manis kalau kita menolak pelawaan orang yang besar hati mengundang.

"Kalau tak ikut Mawi, akan timbul pula cerita kurang manis kononnya kami bermasalah sehingga jarang kelihatan bersama. Aduh, sedih betul. Serba salah saya dibuatnya," Ekin meluahkan apa yang terbuku di hati secara terbuka.

Lalu, selepas ini, andai kelibat Ekin tidak kelihatan menemani Mawi, aktres itu memohon orang ramai tidak mudah membuat spekulasi yang bukan-bukan.

Kata Ekin, sudah tiba masanya untuk dia memilih untuk tidak tampil bersama suaminya dalam acara-acara sosial kerana bimbang kehadirannya 'merimaskan' sesetengah pihak.

"Biarlah saya hanya menunggunya (Mawi) di rumah saja," kata Ekin menyambung perbualan.

Mawi mempromosi isteri?

Itu cerita Ekin menemaninya ke majlis-majlis sosial tetapi bagaimana pula dengan kemunculan Mawi dalam rancangan Langkah Mawi?

Apakah tujuan Mawi menjayakan program itu - mahu mempromosikan tempat percutian ataupun mempromosikan isterinya?

"Itu pun satu lagi perkara yang mengejutkan saya apabila ia disiarkan dalam akhbar baru-baru ini. Harus saya jelaskan, program itu diterbitkan dengan tujuan untuk mempromosi tempat-tempat percutian yang sesuai untuk pasangan yang sudah berkahwin.

"Berdasarkan persetujuan antara pihak produksi serta penganjur, mereka mahukan saya dan Ekin ditampilkan untuk menghebahkan destinasi-destinasi berbulan madu yang ideal untuk penonton kerana kebetulan kami sudah berkahwin.

"Oleh kerana tertarik dengan idea itu, maka saya bersetuju untuk menampilkan Ekin. Bukannya saya nak promosikan isteri saya. Kami sekadar menjalankan kerja. Kalau ada yang tidak berkenan dengan program itu, saya tidak boleh buat apalah," tegas Mawi mempertahankan pendiriannya.

Dalam perbualan yang berlangsung hampir sejam itu, Mawi berhati-hati mengatur kata.

Sesekali, dia akan berfikir panjang sebelum menjawab kerana bimbang jawapan yang terpacul kelak akan dianggap sebagai kenyataan berbaur angkuh.

Pada masa yang sama, satu demi satu dakwaan kurang benar mengenai dirinya yang diperkatakan membuatkan Mawi setiap hari menilai kekurangan dirinya.

Setiap masa juga dia mengingatkan dirinya agar jangan mudah berprasangka buruk kepada orang lain.

Anak peneroka Felda yang pernah mencetus fenomena luar biasa dalam gelanggang seni ini turut mengakui, ada ketika dia juga membuat kesilapan.

"Lima tahun dalam bidang seni membuatkan saya semakin matang dan arif mengenai industri hiburan. Saya tahu yang saya tidak boleh memuaskan hati semua pihak.

"Tidak mengapa, saya reda dengan keadaan itu. Saya harus kuat dan bersabar kerana tiada perkara yang lebih mulia selain daripada bersabar," katanya dalam nada yang sangat tenang.

Benarkah populariti Mawi merudum?

Mengecap populariti dalam waktu yang singkat bukanlah sesuatu yang wajar dibanggakan oleh mana-mana artis.

Ini kerana putaran hidup juga berubah dalam sekelip mata.

Mawi antara artis yang realistik dengan putaran itu. Ketika media melaporkan popularitinya makin pudar, Mawi membuat keputusan untuk tidak melatah.

"Inilah hukum alam. Ada ketika kita di atas, ada ketika kita di bawah. Kebanyakan artis melalui senario ini.

"Kalau sudah ditakdirkan giliran populariti saya menurun, saya harus reda. Pada masa yang sama, saya bersyukur kerana peminat masih menyayangi saya.

"Rezeki yang Allah bagi juga cukup untuk saya menyara isteri dan keluarga. Saya tidak perlu mengeluh atau merasa kecewa kalau populariti saya menurun. Sebaliknya saya harus bekerja keras untuk mengembalikan semula kepercayaan orang ramai kepada saya," kata penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Aduh Saleha ini lagi.

Seperti kata Mawi, dia sudah lali dengan kritikan dan pandangan serong orang ramai terhadap dirinya namun tidak pula dia menyangka perkara itu akan berlanjutan sampai sekarang.

Dan Mawi merumuskan apa yang berlaku padanya selama ini sebagai ujian buatnya.

"Saya percaya ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian dan dugaan ini. Seperti yang saya katakan tadi, saya harus reda dan bersabar.

"Barangkali, ini juga pengajaran buat saya untuk lebih berhati-hati dalam hidup. Segala teguran dan kritikan saya ambil secara positif," katanya mengakhiri perbualan.

Sebelum perbualan berakhir pada petang yang damai itu, dari raut wajah Mawi terserlah kepahitan yang harus ditelan oleh dia dan Ekin.

Barangkali juga, tidak henti dia berfikir kenapa semua ini terjadi padanya bermula dengan fenomena lur biasa sebagai juara AF3 sehingga kisah peribadinya yang seperti tiada penghujungnya?

15 comments:

  1. ala..awk tu yang suka sorong bini awak ke hulu ke hilir.banyak lg pasangan artis yang sama2 artis tp xde melekat mcm belangkas seperti awk ngan ekin.awk jln sorang2 pun awak tetap balik ke rmh kn takkn awk balik ke rmh ina.so ekin nk takut ape??buat org meluat je tengok tambah2 lg ngan kaca mata hitam besar..mcm mata alien je. ekin jd alien memang padan..

    ReplyDelete
  2. haha..hehe..huhu..jd alien lawak la kau ni!
    aku pun ntah ar, tak pasal2 aku mcm xminat ekin ni aku pun tak tau kenapa..kenapa ek??ntah ar..

    ReplyDelete
  3. macam ni jer mawi.. kalau ko tak tau sangat meh aku bgtau ko ; majoriti meluat tengok ekin.. sbbnya, kalau boleh kita nisbahkan kpd bunga, ramai orang beranggapan yg ekin ni bunga plastik!! agak2 ko bleh faham tak mawi? ko dikenali sebagai seorang yang telah membuang bunga asli dan mengambil bunga plastik sebagai teman hidup.. sbb tu orang meluat sangat bila ko duk tayang bunga plastik ko tu.. kalau tak paham, aku takleh nak tolong dah la..

    dan ko tak payah ler nak bersusah payah cerita betapa aslinya bunga plastik ko tu dari kacamata ko sendiri.. sebab masyarakat dah cop ekin tu plastik.. drpd duk nak suruh masyarakat terima keplastikan tu, baik ko enjoy sorang2 jer bunga plastik asli ko tu.. aku tak kisah pun, lantak ko la nak petik bunga yg mana, tapi jangan ingat semua orang suka giler nak layan nengok bunga plastik tu mentang2 itu bunga pilihan ko.. masyarakat sekarang dah tak bodoh cam dulu!!

    ReplyDelete
  4. astaghfirullahalhaziiimmmmm....

    ReplyDelete
  5. lantak die lah...bini die..bkn die bwk bini org! aku nih bkn pminat mawi..tp rse mnyampah ngn korng2 sume nih yg konon mcm kakak,adik bradik,mak bapak c mawi nih..prasan sungguh lah korng ni..lntak hdop die lah nk kawen sape,minah kilang ker,sape pon lntak lah..lg pon dah jodoh die...phm x jodoh???nk mpertkaikan kerja tuhan plak kan korng nih..amboiii... krg tu sape??

    ReplyDelete
  6. mmg la bini dia..satu malaya dah tau..takde sapa sangkal..tapi die kena tau die kan celebriti..hak org ramai jugak..die yg nak ceburi bidang ni die kena paham tu..ape2 pon die mesti profesional..bini die..tu die punya hal la..peminat taknak tau tu..peminat nak tau pasal die je..nak tgk die..minat dia..ibarat bekerja la jugak..kerja..kerja la..sampai kan ada satu rancangn yg mengembara dia tu..yg die pergi luar negara..satu musim tu jadi rancangan romantik dia berbulan madu pulak aku tgk.jadi 2 org pulak pengacara ..aii lepas tu aku tak follow dah citer tu..ac disini jemput pon bawak bini..macam2 aznil jemput bawak bini(dan banyak lagi la rancangan yg tak dpt nak dinyatakan disini)..mana org tak meluat..mmg la atas dasar jemputan..yg bini pon understanding la sikit..org jemput apa salahnya tolak secara baik..ckp kat suami..saya taknak ganggu kerja abang..biar la abg sorang glamour..tak bleh ke?

    ReplyDelete
  7. ala takpa laa...kita tgk laa lama mn bini dia nak ikut...lalala..ingat tak kapel lagu nih...
    Salahkanku... jangan salahkan ku. Kasihani aku... kau lupakan aku. Mana satu... kujadi keliru. Aku makin keliru...minta simpang yer...go mawi n ekin dunia ni korang dua ja bahagia...gitaw seluruh dunia...kebahagian korang...bila nak dapat baby?? tak der ura2 ker????

    ReplyDelete
  8. Diaorang ni bercinta lepas kawin....sebab tu macam belangkas...kau orang baru bercinta dah jadi macam bini sebab tu lepas kawin...malas nak bawak bini..lu pikirlah sendiri...

    ReplyDelete
  9. memang korg nie dasar
    dengki khianat~

    ReplyDelete
  10. sabar mawi...hak anda untuk bawa isteri kemana sahaja. pedulikan kata-kata manusia yang tak sukakan kebaikan dan suka melihat kejatuhan orang lain...! Banyakkan solat taubat dan tahajud..! Hanya Allah tempat memohon segalanya. Semoga anda berbahagia selalu hingga ke akhir hayat. Insyaallah..!

    ReplyDelete
  11. harap mawi bersabar yah,,, jgnlah bwk ekin tu lagii... tak yah bwk la ye lepas nie mawi....nawi takut ekin cari laki lain ker? atau ekin takut mawi carik yang lain... semua dah tau mawi n ekin suami isteri.... ape2 pun jgn la slalu sgt pakai spek itam tu... nape nak tutup mate yang merah menyala ke mawi... hahahahah
    lepas gian la tu... hahahahah
    ok jek tarak hal la mawi.... hidup orng felda.... kat felda memang byk orang isap dadah kan...

    ReplyDelete
  12. pulak dahhh... addeehhh ... menusuk.

    ReplyDelete
  13. bukan marah ..suka ati lah nak bawak bini ke ape ke..tapi org tlg ckp je sbb musabab kenapa org benci kat dia..lain tu terserah la

    ReplyDelete
  14. suka hati dia nak bawak ekin ke mana-mana... dah bini dia...mawi ada hak...korang aje dengki!

    ReplyDelete
  15. Anonymous said...

    ala..awk tu yang suka sorong bini awak ke hulu ke hilir.banyak lg pasangan artis yang sama2 artis tp xde melekat mcm belangkas seperti awk ngan ekin.awk jln sorang2 pun awak tetap balik ke rmh kn takkn awk balik ke rmh ina.so ekin nk takut ape??buat org meluat je tengok tambah2 lg ngan kaca mata hitam besar..mcm mata alien je. ekin jd alien memang padan..

    aku kata: yg ko nk emo knp?? dia sorong sana cni pon, dah bini dia... artis2 bujang sorong betina @ disorong jantan tu, ske plak ko kn...yg halal pulak ko nk meluat laa..hitu laa..hini laa...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: