Friday, January 29, 2010

Sambutan Di 'You Tube' Buat Eira Nak Menyanyi

NAMA Eira Syazira, 26, sudah hampir tujuh tahun berada dalam industri seni tanah air, cuma kewujudannya sahaja baru disedari melalui drama yang agak mendapat sambutan di TV3 iaitu Cinta Balkis.

Pemegang watak utama dalam drama bersiri itu membuka peluang kepadanya untuk meyakinkan bakat yang ada kepada masyarakat. Eira juga tidak mahu dirinya dikenali hanya sebagai pelakon air mata sahaja.

Malah, berpeluang menyanyikan lagu tema drama bersiri ini juga memberi laluan kepadanya melangkah ke bidang nyanyian.

Eira turut memberitahu bahawa dia bakal menerbitkan single lagu tema Balqis bertajuk Istana Cinta hasil ciptaan Taja Meet Uncle Hussain (MUH)," awal Februari ini.

"Sambutan menggalakkan apabila ditonton sebanyak lebih 100,000 kali oleh peminat menerusi laman ‘You Tube’ membawa petanda permulaan yang baik untuk meneruskan hasrat Eira mencuba bidang nyanyian.

"Saya tidak akan menyanyi jika tiada permintaan, maklum balas dari peminat memang sangat memberangsangkan. Tapi saya faham tidak semua yang kita lakukan orang suka.

Namun jika rezeki saya dalam bidang nyanyian saya akan teruskan fokus dalam bidang ini," kata Eira yang kini bakal menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat rakaman untuk pembikinan albumnya.

Pelakon wanita utama filem Ngangkung Ini juga berpendapat untuk melebarkan lagi sayapnya ke cabang-cabang seni yang lain.

"Saya tidak mahu jadi hanya sebagai pelakon, kalau boleh saya nak jadi ‘multi talented’ artis, kalau kita rasa ada bakat kita perlu cuba," ujarnya dengan penuh semangat.

Ketika ditanya tentang hasrat untuk beralih ke bidang nyanyian disaat kewujudanya dalam lakonan drama yang baru sahaja mula disedari, Eira bekata dia akan cuba membahagikan masanya dengan baik.

"Saya akan lihat jika peminat lebih suka saya menyanyi saya akan tumpukan bidang nyayian. Namun jika tidak saya akan berlakon seperti biasa," ujar anak jati Kuala Lumpur ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: