Friday, January 29, 2010

Nidji Memukau

Tiada lain dapat diungkapkan selesai menonton showcase Nidji di Dragonlfy, Kuala Lumpur. Memukau dan sangat menghiburkan.

Menyampaikan lagu popular antaranya Laskar Pelangi, Hapus Aku, Shadow dan Sang Mantan, hadirin nyata puas dengan persembahan band popular Indonesia ini. Persembahan yang dihadiri sekitar 500 orang ini membuktikan buah tangan terbaru Nidji mampu mengulangi kejayaan dua album sebelumnya.


Persembahan ini lebih hidup dengan kemahiran Giring berkomunikasi dengan peminat dan sememangnya mereka yang datang terdiri daripada peminat fanatik Nidji, semua lagu dinyanyikan bersama.

"Kepada mereka yang pernah disakiti mantan kekasih, tidak perlu payah membalas kepada mereka. Kamu hanya download lagu Sang Mantan dan berikan dia mendengarnya apabila menelefon kamu," antara kata-kata Giring yang mendapat tepukan gemuruh peminat yang nyata bersetuju dengan kenyataannya.

Penampilan 6ixth Sense dan Aizat menyemarakkan lagi showcase yang turut memperkenalkan artis baru dibawah naungan Universal Music antaranya Anna Raffali, Shah dan Klangit.

"Sambutan untuk album ini sangat menggalakkan dan disokong baik oleh stesen radio di Malaysia.

"Kami mahu memberikan sesuatu yang mudah didengar, more enjoy and easy to listen. Inilah album paling lama pernah kami hasilkan," ujar Giring sewaktu ditemui di Majlis Pelancaran Album Nidji Let's Play di Dragonfly, Kuala Lumpur.

Giring juga meluahkan perasaan hatinya melalui Dosakah Aku, mengisahkan hubungannya bersama teman wanita yang menimbulkan banyak kontroversi dan gosip.

"Saya harus banyak bersabar apabila media di sana menimbulkan banyak cerita mengenai hubungan kami. Apakah berdosa saya menyintainya," ujar Giring menganggap lagu tersebut cukup istimewa untuk diletakkan bersama di dalam album terbaru Nidji.

Nidji dianggotai oleh Giring Ganesha (vokal), Muhammad Andro Regantoro (bass), Muhammad Ramadista Akbar (gitar), Andi Ariel Harsya (gitar), Muhammad Adri Prakarsa (drum) dan Randy Danistha (keyboard). Single Sang Mantan merupakan taruhan Nidji daripada album Let's Play yang dilancarkan akhir tahun lalu.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: