Friday, January 29, 2010

Keenakan tiram Ireland


EDWARD Gallagher menunjukkan tiram segar yang boleh dinikmati pengunjung.


MENIKMATI makanan segar dan berkualiti semakin menjadi amalan di kalangan masyarakat hari ini sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.

Sehubungan itu, sekiranya anda peminat tiram, jangan ketinggalan untuk menikmati tiram segar yang diterbangkan dari Ireland.

Menikmati masakan yang baru dimasak dan masih panas pastinya membangkitkan selera selain menikmatinya secara mentah.

Masakan yang masih panas ini, bukan sahaja lebih sedap tetapi terjamin kesegarannya dan tidak rosak.

Malah tiram juga lazimnya dinikmati secara mentah bersama-sama perahan air lemon.

Inilah kelainan yang ditawarkan oleh Restoran Chalet, di Hotel Equatorial Kuala Lumpur sempena pesta tiram.

Aneka masakan tiram akan hanya dimasak apabila menerima tempahan sekali gus mengekalkan rasanya yang hebat.

Ia boleh dinikmati sepanjang bulan Januari ini dan harga yang ditawarkan ialah antara RM12++ sehingga RM24++ untuk satu keping tiram (per piece).

Hidangan yang disajikan dengan mininum 3 keping tiram ini hanya boleh didapati pada waktu makan tengah hari (12 tengah hari hingga 2.30 petang) dan makan malam (6.30 petang hingga 10.30 malam).

Pengeluar tiram tersebut, Edward Gallagher, 36, berkata, tiram-tiram tersebut diterbangkan dari Ireland dan ia sememangnya tiram-tiram yang segar dan diternak di kawasan luar bandar yang tidak tercemar.

''Tiram-tiram ini sememangnya tiram yang terkenal bukan sahaja di Ireland malah di seluruh dunia.

''Kesegarannya dapat dirasakan ketika anda menikmatinya secara mentah sama ada makan begitu sahaja ataupun bersama perahan lemon,'' ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Terkenal sebagai sebuah perniagaan keluarga lebih 100 tahun dahulu, Irish Premium Oysters merupakan pengeluar tiram yang terbaik selain membekalkan tiram yang bergred 'A'.

Jadi, bagi peminat-peminat tiram, jangan ketinggalan untuk menikmati tiram segar dari Ireland ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: