Friday, January 29, 2010

Gila kerja

KEDATANGAN 2010 disambut penuh keceriaan dan azam baru biarpun pelbagai cabaran dihadapi sepanjang 2009 yang pastinya memberi seribu pengertian kepada model terkenal, Amber Chia.

pix_middle

Profil NAMA: Amber Chia Lee Peng NAMA KOMERSIAL: Amber Chia TARIKH LAHIR: 14 Disember 1981 TEMPAT LAHIR: Ipoh, Perak ASAL: Tawau, Sabah KERJAYA: Pengasas Amber Creation Sdn Bhd, pelakon, pengacara dan model PENDIDIKAN: Bidang perakaunan daripada London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) KEDATANGAN 2010 disambut penuh keceriaan dan azam baru biarpun pelbagai cabaran dihadapi sepanjang 2009 yang pastinya memberi seribu pengertian kepada model terkenal, Amber Chia.


Amber, 29, berkata, kekalutan yang berlaku ketika memperkenalkan program realiti pencarian model Ford Models Supermodel Of the World Malaysia 2009 hampir menyebabkan ia tidak dapat dijalankan mengikut jadual asal.


Disebabkan kejadian itu, dia kini amat berhati-hati dalam mengendalikan syarikatnya, Amber Creation Sdn Bhd agar tidak menerima nasib yang sama.


Walaupun pada akhirnya segala masalah dapat diselesaikan seperti biasa, ia sedikit sebanyak merencatkan usaha yang direncanakan sebelum ini.


Bagaimanapun, segala kenangan pahit berkenaan tidak akan sesekali melemahkan semangatnya untuk terus berusaha memastikan program realiti pencarian model berkenaan berjalan lancar.


Katanya, tahun ini program realiti berkenaan akan dimulakan lebih awal iaitu pada April berbanding tahun lalu bagi mengurangkan pelbagai masalah berkaitan.


Jika dimulakan lebih awal, ia menyediakan banyak masa untuk menyusun strategi bagi memastikan program realiti berkenaan lancar tanpa sebarang gangguan.


Sungguhpun kini Amber lebih banyak menumpukan masa di belakang tabir, ini tidak bermakna dia akan melepaskan kerjayanya sebagai model terkemuka.


"Saya akan pastikan kedua-dua kerjaya pilihan dapat diseimbangkan dan tidak akan meninggalkan pentas dunia peragaan selagi khidmat saya masih diperlukan," katanya.


Sempena tahun baru ini, Amber berkata, kerjaya dan syarikat adalah fokus utamanya, justeru, dia berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: