Saturday, January 30, 2010

Buruh tanggung 'bisa' merempit


SAIFUL Irwan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Seremban semalam selepas didapati bersalah merempit.

SEREMBAN - Seorang buruh kontrak, Saiful Irwan Rubu, 23, menjadi pesalah kedua dalam masa seminggu dikenakan hukuman berat atas kesalahan menjadi pelesit rempit selepas Mahkamah Majistret Seremban menjatuhi hukuman penjara dua tahun ke atasnya semalam.

Tidak cukup dengan itu, Majistret Mohd. Aizuddin Zolkefli menerusi penghakiman yang dibacakan oleh Majistret Marsilawati Mohamad Shah turut mengenakan denda RM7,000 serta menggantung lesen motosikal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan pelesit rempit yang lain.

Saiful didapati bersalah menyertai lumba haram di Taman Mentari Heights di sini pada Februari 2006 mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum sehingga RM15,000.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: