Tuesday, December 29, 2009

Suspek letupkan pesawat dipindah ke penjara



DETROIT - Seorang peguam pemuda Nigeria yang didakwa cuba meletupkan sebuah pesawat Northwest Airlines di sini menyatakan suspek iaitu Umar Farouk Abdulmutallab (gambar) telah dipindahkan ke sebuah penjara persekutuan.

Peguam berkenaan, Miriam Siefer berkata, dia masih belum mengadakan perbincangan terperinci dengan Umar sejak pemuda itu didakwa pada Sabtu lepas.

Siefer, peguam bela kanan persekutuan di sini, cuma memberitahu, dakwaan-dakwaan terhadap pemuda itu serius tetapi dia enggan mengulas lanjut.

Menurutnya semalam, suspek kini ditahan di sebuah penjara kira-kira 80 kilometer dari sini setelah dibenarkan meninggalkan sebuah hospital tempat dia dirawat akibat melecur.

Jelas Siefer, dia sedang berusaha untuk menolak permintaan pentadbiran AS untuk mendapatkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) anak guamnya apabila perbicaraan kes itu bermula.

Umar yang merupakan anak seorang jutawan perbankan Nigeria tidak akan menghadiri perbicaraan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: