Tuesday, December 29, 2009

Perry dapat hadiah rumah


GAMBAR menunjukkan rumah yang dibeli Russell untuk Perry (gambar kecil) di Los Angeles.


BRAND


LONDON - Pelawak Britain, Russell Brand membeli sebuah rumah agam berharga £2.2 juta (RM12 juta) sebagai hadiah Hari Krismas buat kekasihnya, bintang pop Katy Perry, lapor sebuah akhbar semalam.

Rumah empat tingkat di pinggir bandar raya Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) itu dibina pada tahun 1920-an dan memiliki empat bilik tidur besar di mana sebuah bilik tidur dihias khas untuk kanak-kanak.

Ia turut dilengkapi sebuah dapur moden, sebuah kolam renang luar rumah yang besar di samping empat bilik mandi dan sebuah bilik solekan.

Bilik tidur utama pula memiliki siling tinggi, sebuah bilik mandi dengan meja solek berkembar, tab mandi, tempat mandi berasingan di samping pemandangan menghadap pusat bandar Los Angeles.

Pelawak berumur 34 tahun itu membeli rumah tersebut daripada pengarah video muzik, Mark Romanek.

Dia menjalin hubungan dengan Perry, 25, yang popular dengan lagu I Kissed A Girl sejak mereka berkenalan ketika menghadiri Anugerah Muzik MTV pada September lepas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: