Tuesday, December 29, 2009

Mangsa serbu premis pelaburan haram


KUMPULAN pelabur yang tertipu dengan sebuah syarikat
pelaburan berdiri di hadapan syarikat tersebut di Medan Istana, Ipoh.



KERATAN Kosmo! 13 Oktober.


IPOH - Selepas menunggu lebih dua bulan dan mengharapkan wang pelaburan berjumlah RM26 juta dipulangkan, kira-kira 300 mangsa satu skim pelaburan di negeri ini nekad menyerbu premis syarikat terbabit di Medan Istana di sini semalam.

Malangnya, premis skim pelaburan cepat kaya yang menjanjikan pulangan lumayan jika melabur dalam satu projek penanaman rumpai laut di Sabah itu kosong tidak berpenghuni.

Menurut jurucakap kumpulan pelabur terbabit, Richard Fernandez, 34, mereka hanya mahukan semula wang yang dilaburkan itu.

"Kami telah melaporkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: