Tuesday, December 29, 2009

Bilik mandi wap mudah alih


DUA orang menggunakan bilik mandi wap bergerak di Kampung Bobrovka, Rusia.

OMSK - Seorang ahli perniagaan di bandar Omsk menyediakan bilik mandi wap bergerak yang dikenali dengan nama banya di Rusia.

Sebuah traktor digunakan untuk mengangkut bilik wap yang diperbuat daripada kayu itu di beberapa buah lokasi di utara wilayah Siberia.


SEBUAH traktor mengangkut bilik mandi wap bergerak di Kampung Bobrovka, Rusia kelmarin.

Perkhidmatan itu membolehkan ramai orang dapat menikmati mandi wap di beberapa lokasi di utara Siberia yang terkenal dengan cuacanya yang sejuk.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: