Tuesday, December 29, 2009

Banjir di Jeddah: 40 ditahan


GAMBAR fail menunjukkan sebuah kereta ditimpa dua buah kereta lagi berikutan banjir di Jeddah pada 25 November lalu.

JEDDAH - Kira-kira 40 pegawai kerajan Arab Saudi dan kontraktor ditahan berhubung siasatan mengenai banjir yang melanda bandar Jeddah pada 25 November lalu sehingga menyebabkan 120 orang terbunuh, lapor media semalam.

Menurut akhbar Gazette, lapan pegawai tinggi di pejabat datuk bandar dilihat dibawa oleh beberapa anggota polis kelmarin untuk disoal siasat.

Akhbar itu melaporkan seorang pembantu datuk bandar, empat ketua jabatan dan bekas ketua projek di bandar tersebut telah ditahan.

Siasatan itu diarahkan oleh pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah.

Gabenor Mekah, Putera Khaled al-Faisal mengetuai panel siasatan.

Pada 25 November lalu, hujan lebat menyebabkan sebahagian bandar itu tenggelam akibat banjir menyebabkan 120 orang terbunuh manakala 40 lagi masih hilang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: