Wednesday, December 30, 2009

Amy Winehouse Rebah Ketika Sambut Krismas

PENYANYI yang penuh kontoversi, Amy Winehouse ketika ini sedang menjalani rawatan selepas jatuh pengsan dirumahnya pada perayaan Krismas lalu ekoran keletihan.

Menurut sebuah portal hiburan, Amy kelihatan sakit pada akhir-akhir ini tetapi masih bersemangat untuk bersama-sama menyambut perayaan Krismas.

"Amy tidak berapa sihat dan keletihan pada kebelakangan ini tetapi dia tetap hadir bagi memeriahkan majlis perayaan tersebut.

"Tahun baru yang bakal menjelma ini bukan permulaan yang baik buatnya, namun Amy menunggu ketibaan tahun baru dengan penuh harapan," kata sumber.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: