Sunday, November 29, 2009

Ahmad Dhani buka syarikat di KL




NAMPAKNYA ada sahaja ilham Ahmad Dhani untuk melebarkan sayapnya di bidang seni dan perniagaan. Kalau di Indonesia sudah macam-macam genre yang dibawa atas kecintaan terhadap muzik dan kebanyakannya menjadi minat termasuk di negara ini.

Bayangkan selain kukuh dengan jenama Dewa 19, Ahmad Dhani turut muncul dengan band yang punya pengaruh muzik tersendiri seperti Ahmad Band, The Rock dan terbaru, The Swinger,

Bukan itu sahaja, Ahmad Dhani juga mempunyai studio rakaman yang canggih di kediamannya di Jakarta.

Dengarnya dia juga mahu melebarkan sayap perniagaannya di sini. Joyah ingatkan Ahmad Dhani nak buka studio rakaman di sini.

Tapi setelah dirisik-risik rupa-rupanya Ahmad Dhani buka sebuah syarikat pengurusan di sini. Ahmad Dhani Records itulah namanya dan letaknya di di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Di bawah pengurusan Republik Cinta, syarikat itu bukan sahaja beroperasi mengendalikan pengurusan bagi tiga negara Malaysia, Singapura dan Brunei tetapi turut menyediakan barangan termasuk koleksi album dan klip video.

Dengarnya konsep hiasannya santai dengan tema merah hitam dan dindingnya akan dipenuhi dengan 200 bingkai foto-foto Ahmad Dhani.

Syarikat itu diuruskan oleh buah hati pengarang jantung pelakon Nasha Aziz. Siapa lagi kalau bukan Nur Iman Tang Abdullah.

Yang menariknya, Tang bukan sahaja menguruskan kerja-kerja pejabat dan korporat, Joyah dengar, hiasan dalaman pun dia yang buat.

Joyah dengar tulisan khat yang diletakkan di dinding juga Tang yang buat airbrushnya. Wah! Berbakat betul dia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: