Sunday, November 29, 2009

Agih daging korban ke luar negara


KONGSI. Beberapa penduduk Flat Sri Pulau Pinang memegang lembu korban sebelum disembelih di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Sebahagian daripada daging korban yang diuruskan Masjid Negara di sini akan diagihkan kepada umat Islam di Palestin, Darfur, Sudan dan beberapa negara Islam lain yang memerlukan.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, agihan daging korban ke luar negara merupakan sumbangan Malaysia kepada masyarakat di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, jumlah daging korban yang akan diagihkan ke luar negara itu akan ditentukan kemudian selepas mengagihkannya kepada warga kota menerusi masjid dan surau di sekitar Lembah Klang, katanya.

"Pada tahun ini, Masjid Negara menerima sumbangan 36 ekor lembu daripada individu serta syarikat-syarikat swasta dan jumlah berkenaan bertambah berbanding tahun-tahun yang lepas," katanya pada majlis korban masjid itu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: