Sunday, September 13, 2009

Nurul Syuhada tunang lepas raya?


Nurul Syuhada


AMBOI! AMBOI! AMBOI! Joyah dengar pengacara Majalah Tiga yang menjadi pujaan ramai ini akan mengikat tali pertunangan lepas raya nanti.

Mestilah sekarang ini agaknya dia sibuk menguruskan persiapan dan keperluan untuk bertunang nanti kan.

Iyalah, mana nak siapkan keperluan dan kelengkapan Syawal. Mana nak siapkan keperluan dan kelengkapan majlis pertunangan.

Dan Joyah pasti ramai yang mengagak bahawa calon tunangnya Nurul Syuhada ialah dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed.

Mana taknya, selama ini mereka banyak dikaitkan bersama. Cuma masing-masing lebih senang menyimpulkan perhubungan mereka sebagai teman yang masih mengenali hati budi.

Jadi janganlah terkejut pula kalau Joyah beritahu yang Nurul Syuhada tidak bertunang dengan angkasawan kedua negara itu.

Sebaliknya si pengacara berlesung pipit ini khabarnya memilih seorang jejaka dari Sungai Buloh, Selangor.

Joyah dikhabarkan lelaki pilihan Nurul Syuhada Nurul Ain ini adalah seorang jejaka kacak yang sedang melanjutkan pengajiannya di sebuah universiti.

Jejaka itu bukan sahaja kacak malah berkulit mulus dan berdarah kacukan. Amboi... bertuahnya badan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: