Tuesday, September 29, 2009

Dengarnya... Balkish dapat anak perempuan



Balkish Semundur Khan

SELAIN pelakon Eja melahirkan anak pada Ramadan lalu, seorang lagi pelakon Balkish Semundur Khan atau Kiss pun selamat bersalin anak perempuan pada 5 September baru-baru ini. Bayi itu dilahirkan pada jam 3.45 pagi ketika umat Islam sedang sibuk untuk bersahur.

Kawan sepejabat Cik Normah beritahu nama bayi itu ialah Nur Qalesyh. Bayi itu adalah hasil perkongsian hidupnya selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohd Aizat Rosli. Tak silap Cik Normah, suami Kiss bekerja di belakang tabir di sebuah syarikat produksi.

Alhamdulillah, sebelum ini pun Kiss dan suaminya sudah berusaha untuk mendapatkan anak bagi memberi cahaya kepada perkahwinan mereka. Cuma sebelum ini, Kiss ada berharap untuk mendapatkan anak lelaki kerana diharapkan dapat menjadi tulang belakang keluarga mereka. Tapi rezeki Kiss lebih cenderung untuk mendapat anak perempuan. Bersyukurlah.

Bagi yang tidak mengenali Kiss, drama lakonannya Klon Teja sedang disiarkan di Astro Prima ketika ini. Sebelum ini Kiss pernah muncul dengan filem Diva, Cinta Fotokopi dan Tak Ori Tapi Oke. Buat Kiss, Cik Normah doakan semoga apa yang dimiliki kini akan terus membahagiakan hidupnya dan suami.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: