Monday, August 31, 2009

Perak iktiraf tiga Tokoh Merdeka


WAKIL kepada Tokoh Kemerdekaan Perak (dari kiri) Robaayah, Veerasamy dan How Chiew di Ipoh semalam.


IPOH - Tiga tokoh kelahiran Perak yang memberi sumbangan besar kepada kemerdekaan negara menerima penghargaan daripada kerajaan negeri Perak semalam sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-52.

Mereka ialah bekas Menteri Besar, Datuk Panglima Bukit Gantang, Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Presiden MIC yang kelima, Tun V.T. Sambathan dan bekas Menteri Kesihatan yang kelima, Tan Sri Dr. Lim Swee Aun.

Mereka dianugerah Tokoh Kemerdekaan dan menerima medal khas, sijil dan wang tunai RM10,000 yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Allahyarham Abdul Wahab yang merupakan bekas Menteri Besar Perak yang pertama diwakili anak perempuannya, Robaayah, 70, sementara K. Veerasamy, 38, menerima bagi pihak bapa saudaranya mendiang Sambathan menerima anugerah tersebut.

Anugerah untuk Swee Aun yang juga bekas Presiden MCA pertama pula diterima oleh wakilnya iaitu Pengerusi MCA Taiping, Lee How Chiew.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: