Sunday, August 30, 2009

Lily Allen: Saya cemburu terhadap penyanyi wanita lain

"Saya sangat cemburu jika saya dengar penyampai radio begitu bersemangat tentang muzik baru. Saya berasa seperti, bakat saya telah pudar." - Lily Allen.

PENYANYI British, Lily Allen, mengatakan dia berasa sukar untuk meneruskan persaingannya bersama penyanyi wanita lain dan akan merasa cemburu jika lagu mereka dimainkan.

"Saya sangat cemburu jika saya dengar penyampai radio begitu bersemangat tentang muzik baru. Saya berasa seperti, bakat saya telah pudar.

"Saya tidak rasa saya berada dalam satu pertandingan dengan kesemua penyanyi wanita ini, tetapi saya rasa agak sukar untuk saya terus bersaing dengan kehadiran ramai penyanyi wanita sebagai pesaing saya," katanya kepada satu sumber.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: