Friday, July 31, 2009

Wanita nyaris dibaham buaya


GAMBAR menunjukkan pelancong wanita didekati seekor buaya di Sungai Tempisque, Costa Rica.



ANTARA aksi buaya di Sungai Tempisque, Costa Rica.


SAN JOSE - Seorang pelancong wanita nyaris dibaham buaya yang berada dekat dengan botnya di Sungai Tempisque, Costa Rica, lapor sebuah akhbar semalam.

Insiden itu dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur, Paul Stodolny yang menaiki sebuah bot lain.

"Pemandu pelancong dalam bot itu mengumpan buaya itu supaya datang dekat dengan bot dengan 'mengetuk' kayu ke permukaan air.

"Buaya itu datang ke arah bot dan apabila pemandu pelancong itu menarik kayu tersebut dari dalam air, haiwan itu mengikut pergerakan kayu itu," kata Stodolny.

Setiap orang di dalam bot itu seolah-olah tergamam dan meluru ke belakang bot apabila melihat buaya tersebut.

Bagaimanapun, selepas buaya itu membuka rahangnya, ia kembali semula ke dalam air.

Wanita itu kemudian berkata, ia merupakan pengalaman paling menakutkan pernah dialaminya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: