Thursday, July 30, 2009

Selamat pengantin baru


JOHAN (kiri) dan Ozlyn.


ERMM...Kalau dulu pasangan kekasih merpati dua sejoli Johan dan Ozlyn asyik berkepit ke hulu-hilir, sekarang ini alhamdulillah mereka berdua telah pun mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri pada 25 Julai lalu.

Marilyn harap lepas kahwin tidak ada lagi cerita-cerita kurang enak tentang mereka berdua, yelah kalau dulu nak bermesra depan orang, banyak pihak yang naik meluat dan menyampah.

Sekarang ini bolehlah bermesra sakan. Sudah jadi suami isteri yang sah, tak ada orang hendak larang. Tetapi awas! Jangan 'over peluk' sudahlah, nanti lain pula ceritanya. Jangan marah, Marilyn hanya mengingatkan sahaja sebelum berlaku kontroversi seterusnya.

Marilyn pun tumpang gembira walaupun tidak dijemput ke majlis pernikahan. Marilyn tak kisah sangat kalau artis kahwin tak jemput media.

Marilyn anggap kahwin atau cerai artis tidak akan memberi apa-apa makna kepada perkembangan dunia seni tempatan, sebab itu Marilyn tak kisah sangat, jemput ke tidak sama saja.

Apapun Marilyn ucapkan Selamat Pengantin Baru buat mereka berdua dan semoga berkekalan hingga ke anak cucu hendaknya.

Marilyn: Tak sabar tunggu konsert Search, Sabtu ni.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: