Thursday, July 30, 2009

Pengalaman berharga dari Hollywood

Penyertaan delegasi Malaysia dalam World Championship of Performing Arts di Hollywood memberikan mereka pendedahan baru. Selain berjaya membawa pulang 38 emas, mereka juga kutip banyak pengalaman.

Kali ini Malaysia memenangi anugerah terunggul, Grand Champions of The World menerusi Artistana bagi kategori tarian.

"Saya rasa banyak pengalaman baru yang saya dapat dalam pertandingan ini. Saya rasa bangga bila orang sana menerima baik lagu-lagu Melayu, khususnya lagu tradisional yang dipersembahkan.

"Mereka bertanya, inikah corak lagu dari Malaysia kerana mereka tidak pernah dengar sebelum ini," kata Bob yang membawa pulang 4 pingat emas kategori vokal serta dua emas Grand Final yang dimenangi dalam nyanyian duet bersama Siti Sarah dan Hasmidar. Bob juga dapt dua plak World Champion dan satu medal perak kategori.

Bob mengakui sangat teruja apabila orang luar sangat menghargai muzik Malaysia khususnya lagu-lagu Melayu.

"Mereka lebih memandang kepada lagu-lagu Melayu berbanding lagu Inggeris yang dipersembahkan oleh delegasi Malaysia," sambung Bob.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: