Thursday, July 30, 2009

Pembedahan bahu tidak halang Rosyam terajui 'Pilih Kasih'

Rosyam bergambar selepas sidang akhbar Program Pilih Kasih di Restoran Delicious, Bangsar Village pada 5 Mei lalu.

PELAKON dan penerbit popular, Rosyam Nor, yang begitu sibuk mengendalikan program realiti kepunyaannya 'Pilih Kasih' ini mahu meneruskan usahanya sebagai peneraju utama program ini meskipun akan menjalani pembedahan pada bahunya esok.

Pembedahan tersebut dilakukan bagi memasukkan besi ke bahagian bahu Rosyam setelah insiden Rosyam jatuh ketika pengambaran filem 'Libas' dijalankan dan mengalami kecederaan dibahu sebelah kirinya.

"Saya telah membuat pemeriksaan dengan doktor dan doktor kata saya kena buat pembedahan ini dengan memasukkan besi ke bahu saya bagi membantu proses penyembuhan bahu saya.

"Tempoh pembedahan tersebut akan dijalankan selama tiga jam dan memakan masa selama tiga bulan untuk saya sembuh sepenuhnya," kata Rosyam.

Pembedahan pada bahu kiri Rosyam akan dijalankan di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) yang bertempat di Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Menurut Rosyam juga, selepas pembedahan tersebut dijalankan dia tidak akan berehat kerana masih banyak kerja yang ingin diselesaikannya ekoran program 'Pilih Kasih' juga hanya tinggal tiga minggu sahaja sebelum melabuhkan tirainya.

"Saya tetap akan meneruskan kerja saya, tiada siapa yang akan menggantikan tempat saya untuk menguruskan 'Pilih Kasih' kerana saya sendiri akan terus mengendalikan program ini.

"Doktor ada beritahu saya, kalau sekadar kerja yang saya buat hanya melibatkan pergerakan yang tak kasar, tak menjadi sebarang masalah untuk saya bekerja.

"Lagipun 'Pilih Kasih' hanya tinggal tiga minggu saja lagi dan saya ada komitmen sendiri pada kerja saya.

"Komitmen terhadap kerja adalah keutamaan dan tiada sebab untuk saya berehat sekiranya cedera yang saya alami masih mampu dikawal," kata Pengarah Urusan, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini.

Cuma Rosyam akan berehat daripada sebarang pengambaran filem yang dibintanginya kerana ia mungkin akan memberi kesan buruk pada kecederaanya.

Walaubagaimapun, Rosyam juga tidak terlepas dari menjadi bahan kritikan orang ramai yang mengatakan Rorsyam bersikap 'pilih bulu' dalam mengadili peserta-peserta program tersebut.

Ditanya reaksinya berkenaan kritikan yang diterima, Rosyam mengatakan dia terlebih dahulu sudah dapat membaca tindakan dari orang ramai yang akan mengkritiknya kerana dia tahu setiap apa yang dilakukannya pasti ada pihak yang tidak berpuas hati.

"Saya dah boleh baca semua (kritikan) ni, mesti akan ada pihak yang tak puas hati.

"Bagi saya, saya hanya buat kerja saya dan tidak ada konsep 'pilih bulu' dalam setiap keputusan yang saya buat.

"Kalau mereka tak perform dengan baik saya akan keluarkan mereka, jadi sekarang saya sedang melatih mereka untuk perform betul-betul," jelas Rosyam.

Rosyam bagaimanapun tidak menyalahkan pihak-pihak yang mengkritiknya kerana pada Rorsyam setiap kritikan yang diberi adalah perkara biasa padanya.

"Tak salah orang nak kritik saya tambah-tambah sekarang ni dah ada media online, kalau ada orang yang nak komen is up to them, kalau tak ada komen dari orang ramai susah jugak.

"Bila tak ada orang komen maknanya orang tak tengok 'show' saya, ni saya dapat komen banyak maknanya ramailah orang tengok show saya, jadi ini semua perkara biasa," katanya.

Menurut Rosyam juga, dari kritikan yang diterima ini dia dapat membaiki kesilapannya serta kekurangan yang ada pada dirinya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: