Thursday, July 30, 2009

Dijangkiti selesema babi?


Taeyeon


SALAH seorang anggota kumpulan pop wanita terkenal Korea Selatan, Girls Generation, Taeyeon, tiba-tiba membuat peminatnya tidak sedang duduk apabila dia dimasukkan ke hospital selepas membuat persembahan dalam program SBS Inkigayo pada 26 Julai lalu.

Apa yang merisaukan dia bukannya demam biasa sebaliknya turut mempunyai simptom selesema yang serius. Sudah tentu ini membuatkan peminat si manis ini menjadi cukup risau memandangkan ketika ini dunia sedang berhadapan dengan penularan selesema babi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya, SM Entertainment, Taeyeon telah dikejarkan ke wad kecemasan dan kini keadaannya dilaporkan stabil.

"Dia mengalami demam panas dan turut mempunyai tonsil di tekaknya. Taeyeon sendiri yang meminta untuk dibawa ke wad kecemasan kerana sudah tidak tahan dengan keadaan dirinya dan pihak kami terus membawanya dengan segera," ujar jurucakap syarikat pengurusannya.

Nampaknya dengan jadual yang terlalu padat, kebanyakan anggota Girls Generation tidak mendapat rehat yang mencukupi.

Namun, demi peminat dan kerjayanya, Taeyeon dilaporkan semakin pulih dan dijangka akan kembali ke pentas persembahan tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: