Friday, July 31, 2009

Berry dedah wajah anaknya


BERRY mendukung anaknya di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Pelakon terkenal, Halle Berry mendukung anaknya, Nahla Aubrey yang berusia 16 bulan di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelakon berumur 42 tahun itu yang mendapat anugerah Oscar kerana wataknya dalam filem Monster's Ball kelihatan bersantai ketika mendukung anaknya.

Wajah anaknya itu kelihatan comel dan mempunyai mata berwarna hijau manakala Berry memakai seluar jean, bertopi dan singlet berwarna putih.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: