Sunday, June 28, 2009

Transformers mengganas di pawagam


Aksi menarik yang dapat disaksikan dalam filem Transfomers Revenge of the Fallen.


FILEM Transformers: Revenge of the Fallen sudahpun masuk panggung. Filem yang dinanti-nantikan itu nampaknya digilai ramai, malah ada yang sanggup beratur panjang untuk tidak melepaskan peluang menjadi penonton pertama.

Transformers merupakan kisah yang diangkat daripada komik. Kemudian siri tersebut diadaptasi ke dalam bentuk animasi yang cukup popular sekitar tahun 1970-an.

Kegilaan orang ramai terhadap Transformers sedikitpun tidak pudar apabila dibuat dalam bentuk permainan yang menjadi kegilaan pengumpul permainan tersebut.

Walaupun pernah gagal dengan filem animasi Transformers: The Movie pada tahun 1986, Transformers nampaknya tidak mengulangi kegagalan lagi selepas itu.

Pada tahun 2007, sekali lagi filem Transformers di tayangkan di seluruh dunia dan mencetuskan fenomena baru di mana peminat semakin ghairah untuk melihat pertembungan antara watak Transformers baik dan jahat.

Filem aksi, pengembaraan dan fiksyen sains ini diarahkan oleh Micheal Bay dan dibantu oleh pelakon yang hebat seperti Isabel Lucas, Josh Duhamei, Megan Fox dan Shia Labeouf.

Dengan lakonan mantap daripada Labeouf dan Megan Fox, tidak mustahil untuk filem ini mencatatkan kutipan yang berlipat kali ganda memandangkan kedua-dua pelakon itu mempamerkan lakonan yang mantap dan berkesan.

Ia mengisahkan tentang Sam Witwicky telah mengetahui rahsia asal usul Transformers di bumi selepas menyaksikannya dari kiub Allspark. Deceptions perlu menangkap Sam untuk mendapatkan imformasi.

Walaupun membuat banyak percubaan, misi Decepticons nampaknya tidak berhasil apabila Sam yang dibantu oleh Autobots.

Bagi mereka yang telah menyaksikannya di panggung pasti dapat melihat sendiri aksi pertarungan antara Autobots dan Decepticons yang begitu mengujakan.

Melihatkan teknik sinematografi di dalam filem ini, pastinya ramai yang teruja dengan pelbagai aksi yang rumit tetapi berjaya 'menipu' penonton.

Lihat sahaja, rakaman kesan khas robot-robot yang silih ganti bergerak dijalinkan dengan begitu baik menggunakan teknik kesan khas sehingga memaksa pengarahnya lebih banyak menghabiskan masa membuat kesan khas berbanding dengan penggambaran.

Filem yang menelan belanja hampir RM700 juta ini bukan sahaja dibina berlatar belakangkan set perkampungan di Mesir yang dilaksanakan di New Mexico, Amerika Syarikat.

Bagi mereka yang meminati filem aksi sains fiksyen sebegini, jangan lupa menyaksikan filem ini yang sudahpun ditayangkan di panggung dan saksikan sendiri evolusi pada setiap watak yang ada.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: