Sunday, June 28, 2009

One Drop Perfumes perluas bisnes ke Eropah, Afrika


JOSAFRI (kiri) bersama pelakon Rozita Che Wan melancarkan set wangian baru One Drop Perfumes di Kuala Lumpur kelmarin.





KUALA LUMPUR - Syarikat pengedar wangian tanpa alkohol popular negara, One Drop Perfumes memilih kota London sebagai destinasi terbaru untuk mengembangkan jenama berkenaan bagi pasaran luar negara.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat One Drop Perfumes Sdn. Bhd., Josafri Johari, syarikat itu telah membuka pejabat cawangan di kota Inggeris itu pada awal tahun lalu bagi memudahkan pengurusan pemasaran produk itu di United Kingdom dan benua Eropah.

Sebelum ini, One Drop Perfumes sudah membuka cawangan di Singapura, Indonesia, Brunei, Vietnam dan Australia.

"Kota London ialah lokasi paling strategik dalam menyokong usaha kami untuk menawan pasaran negara-negara Eropah.

"Kami percaya dengan pembukaan pejabat di London, One Drop Perfumes mampu melaksanakan misi untuk mengembangkan bisnes ini dengan lebih pesat," kata Josafri kepada pemberita.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: