Sunday, June 28, 2009

Ezad jangan menyerah kalah


Ezad


Saya amat menyokong kumpulan Exist dan meminati semua lagu-lagunya. Bagi saya suara Ezad amat natural dan gaya penyampaiannya amat menyentuh hati. Saya berpendapat Exist mempunyai peluang cerah untuk memasuki pasaran Indonesia tetapi saya amat kesal dengan anggota Exist yang lain kerana mereka sudah ada vokalis baru.

Cuma saya berharap Ezad tidak menyerah kalah dan berundur daripada dunia hiburan. Saya suka persembahan Ezad dan mahu dia tampil solo.

Buktikan kepada orang yang memandang rendah terhadap diri Ezad dan saya yakin Ezad mampu. Saya sebagai peminat akan selalu menyokong dan mendoakan kejayaannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: