Sunday, June 28, 2009

Catriona sah milik Shaharuddin


CATRIONA dan Shaharuddin pada majlis persandingan mereka di Jalan Guchil, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Pelakon Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 29, melangkah ke alam baru dalam kehidupannya dengan mengakhiri zaman bujangnya malam kelmarin.

Gadis berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang lebih dikenali sebagai Cat itu dinikahkan dengan pasangannya, Shaharuddin Moktaruddin, 30, yang bertugas sebagai Penerbit dan Pengarah Rancangan Televisyen Astro di kediaman keluarganya di Jalan Guchil dekat sini.

Tepat pukul 9 malam, hanya dengan sekali lafaz, Cat sah menjadi isteri Shaharuddin dalam majlis akad nikah yang disempurnakan oleh Imam Masjid Paya Rambai, Mohd. Alwi Mohd. Zain sambil disaksikan oleh 100 ahli keluarga pasangan terbabit.

Rombongan pengantin lelaki membawa wang hantaran RM22,000 dengan sembilan dulang hantaran dibalas 11 dulang daripada pihak perempuan antaranya sirih junjung, sepasang baju Melayu dan sejadah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: