Tuesday, June 30, 2009

BSN tawar pinjaman mikro kewangan RM200j




KUALA LUMPUR - Bank Simpanan Nasional (BSN), menyasarkan untuk mengagihkan pinjaman kewangan mikro sebanyak RM200 juta kepada lebih 10,000 peminjam menjelang hujung tahun ini.

Menurut Ketua dan Naib Presiden Jabatan Mikro Kewangan BSN, Nilammasri Jaafar (gambar), sehingga 21 Jun lalu, BSN di bawah pembiayaan mikro TemaNiaga, setakat ini telah mengagihkan pinjaman sebanyak RM103.2 juta kepada lebih 7,000 peminjam.

"Sebanyak 53 peratus peminjam adalah daripada sektor peruncitan dengan diikuti sektor perkhidmatan (32 peratus) dan pembuatan (15 peratus). Nilai purata pinjaman adalah di bawah RM30,000,'' katanya pada sidang media di sini semalam.

BSN mula menawarkan pinjaman kewangan mikro pada 15 Mac 2007 dengan pemberian pinjaman bernilai di antara RM5,000 hingga RM50,000 seorang.

Tempoh pembayaran balik boleh dibuat secara ansuran dalam tempoh satu sehingga lima tahun.

"Kumpulan sasaran pinjaman kewangan mikro ini ialah daripada sektor pembuatan, perkhidmatan, peruncitan dan pemborongan,'' jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: