Sunday, June 28, 2009

Apa hubungan Ayu Raudhah - Zaquan Adha?

SUDAH ada mata yang melihat kemesraan pelakon cantik manis, Ayu Raudhah dengan pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha.

Bukan setakat keluar makan bersama malah Joyah dengar, Ayu juga hadir menonton perlawanan bola sepak yang disertai Zaquan.

Lalu ada yang bertanya, mereka bercinta ke? Iyalah, melihatkan kemesraan kedua-duanya, ramai mengandaikan mereka kini sedang menjalinkan hubungan istimewa.

Lagipun, kalau dah sampai memberi sokongan moral begitu, selalunya memang 'adalah sesuatu' antara mereka.

Malah ada seorang peminat Pancaindera mengirimkan e-mel memberitahu bahawa dia terserempak dengan Ayu Raudhah ketika pulang ke kampung halamannya di Alor Setar.

Si pengirim ini sempat menonton perlawanan bola sepak dengan kawannya. Pasukan Kedah bertemu Negeri Sembilan pada pertengahan bulan lalu.

Dan dia terkejut melihat kelibat Ayu Raudhah berada di perkarangan Stadium Darul Aman, tempat berlangsungnya perlawanan itu.

"Tak lama lepas itu saya nampak kelibat Zaquan Adha keluar dari dalam stadium dan berjumpa dengan Ayu Raudhah sambil menyerahkan sesuatu.

"Saya andaikan itu tiket perlawanan bola sepak. Dan dalam hati saya berfikir entah-entah si Zaquan itu nak ikut jejak langkah kembarnya yang berkahwin dengan dramatis Rita Rudaini," kata pengirim itu lagi.

Hai... Apa salahnya mereka nak berkawan. Bukankah kedua-duanya masih bujang trang-tang-tang lagi. Tak gitu Ayu-Zaquan!

Cuma harapannya, andai ditanya sejauh mana hubungan masing-masing, janganlah menyorok atau memberitahu teman tapi mesra.

Sebab banyak sangat teman tapi mesra yang cintanya tak kesampaian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: