Friday, May 29, 2009

Tiga ah long kurung peminjam direman


TIGA ah long yang ditahan reman oleh Mahkamah Majistret Selayang semalam.


KUALA LUMPUR – Tiga ah long direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Selayang berhubung kes mengurung tiga lelaki secara kejam di sebuah rumah kedai di Jalan PBS 14/2, Serdang Raya di sini kelmarin.

Ketiga-tiga suspek yang berusia lingkungan awal 30-an itu ditahan sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 342 dan 384 Kanun Keseksaan kerana mengurung secara salah dan melakukan pemerasan.

Dua daripada mereka ditahan di hadapan sebuah bank di Kepong pada pukul 11 pagi manakala seorang lagi yang dipercayai dalang utama ditahan pada sebelah petang di Pandan Jaya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya akan menggunakan sepenuhnya tempoh tahanan reman itu untuk melakukan siasatan termasuk mendapatkan jumlah sebenar mangsa yang dikurung.

“Kita tidak menolak kemungkinan masih terdapat saki-baki sindiket itu yang masih bebas dan polis sedang melancarkan gerakan memburu mereka,’’ katanya ketika dihubungi.

Akhbar semalam melaporkan, tiga lelaki yang berusia lingkungan 25 hingga 49 tahun dikurung dan diperlakukan seperti ’tawanan perang’ di dalam sebuah bilik ala penjara kerana gagal melunaskan hutang berjumlah antara RM1,500 dan RM4,000.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: