Thursday, May 28, 2009

Senarai nama peserta Makan-makan dengan Bunkface

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba. Berakhirlah penantian selama ini dan terjawablah soalan siapa akan menyertai acara julung-julung kali diadakan ini.Kumpulan Bunkface telah pun ke pejabat Mangga Online di Petaling Jaya untuk mencabut undi siapakah bakal makan malam bersama mereka di Restoran Lemon Metropoint Kajang. Berikut adalah senarai mereka yang berjaya untuk turut serta ke majlis ini:-
  1. Rosidah Bt Harun
  2. MohdFfaezie bin Hashim
  3. Noor Diana bt Ramli
  4. Taniliana Zurani bt Mohd Tarnize
  5. Mazkiana bt Maadam
  6. Mohamad Rafizan bin Abdul Razak
  7. Noraini bt Tugimin
  8. Hamizulkifli B Hilmi
  9. Badiuzaman Mohd Noor
  10. Syed Shahrul Hafeez Syed Halim
  11. Sabariah Bte Mukhta
  12. Izreen Binti Mohd Abas
  13. Fatimah Mamat
  14. Lilis Suriyani bt Abdullah
  15. Siti Halimah Husin
  16. Rohaza bt Uzir
  17. Muhammad Zainur bin Alias
  18. Asmani bt Mat Nor
  19. Hairusham b Hanafi
  20. Noraini Mohd Jizam
  21. Khasrulrudie B Abdul Latif Subri
  22. Noorliah Bte Jamaluddin
  23. Mohd Rozi B Daud
  24. Rosnani Ahmad Rosli
  25. Umi Fathiah Bt Kamalruzaman
  26. Noradiah Bt Haron
  27. Noraliza Bt Ramly
  28. Asshari Bin Mohd Juhaidi
  29. Suhaili bt Abdul Gani
  30. Shamsiah bt Mohd Basar
alt

Bunkface dan Zara sedang meneliti senarai pendek

Pihak Mangga Online ingine mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya. Namum kepada yang tidak, jangan risau kerana banyak lagi aktiviti akan dianjurkan Mangga Online di masa-masa akan datang.

Bunkface Sibuk?

Dalam temubual kami adakan selepas sesi cabut undi, Sam sebagai vokalis kumpulan ini menceritakan jadual mereka kini memang ketat. Jika tidak ada gig atau konsert, mereka banyak memenuhi tempahan persembahan persendirian seperti parti prom, makan malam tahunan dan sebagainya.

"Kami juga bakal tampil dengan album baru. Baru-baru ini kami selesai proses rakaman. Boleh dikatakan album ini 70 peratus hampir siap. Insya Allah jika tiada apa menghalang, dalam dua minggu lepas Raya lahirlah album terbaru kami," jelas Sam.

Album kedua ini bakal mengandungi 4 lagu Melayu dan 6 lagu Inggeris. Kenapa Sam?

"Kami juga dalam perancangan untuk memperkenalkan band kami ke Australia dalam masa terdekat ini. Malah kami baru sahaja pulang dari Jakarta. Kami akan kembali ke sana untuk proses final mix dan juga rakaman video klip lagu Bunk Anthem," terang Sam lagi.

alt

Nama siapa agaknya mereka sedang tunjuk itu?

Namun dalam kesibukan mereka ini, pengurus mereka Zara Ismail, sempat mencelah, "Kadang-kadang kami terpaksa menolak permintaan sesetengah pihak untuk show atau sesi fotografi. Yang sedihnya kami dituduh kekwat, tunjuk diva. Bukan niat kami begitu, jadual kami terlalu padat."

Itu saya sendiri terpaksa akui kerana perancangan untuk mendapatkan mereka dalam acara ini mengambil masa tiga bulan. Akhirnya apa yang dirancang ini hampir membuahkan hasinya. Terima kasih kepada semua yang telah pun menghantar permohonan. Jangan risau, lepas ini banyak lagi aktiviti bakal menyusul.

1 comment:

  1. heee..name saye no 14 tu la..hurmm...actually x sure owner blog ni lelaki or perempuan..just nak tanye la..macam mana eh promote blog ni? :D

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: