Thursday, May 28, 2009

Selebriti turut sertai rekod larian treadmill

altSatu rekod baru berlari di atas treadmill dicipta apabila 1,005 orang berlari dalam Standard Chartered KL Marathon 2009 Roadshow di Pusat membeli-belah One Utama, baru-baru ini.

Roadshow itu diadakan pada 23 hingga 24 Mei dan larian itu dimasukkan dalam Malaysian Book of Records sebagai larian treadmill terpanjang. Setiap peserta berlari selama lima minit dengan kelajuan lima km sejam Ia mengambil masa 24 jam dan berterusan selama dua hari.

Pelari terdiri daripada atlet, orang awam, selebriti, kanak-kanak dan orang dewasa. Ia termasuk pengurusan kanan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad. Antara selebriti yang mengambil bahagian ialah Sazzy Falak, Betty Banafe, Henry Golding dan ramai lagi.

Pengarah Urusan dan CEO Standard Chartered Bank Malaysia, Julian Wynter, altberkata cabaran itu berjaya kerana kerjasama pihak yang pengambil bahagian.

Program lain yang dimuatkan ialah workshop latihan yang dipimpin oleh Kannan Murugasan, satu-satunya wakil Malaysia yang berjaya menghabiskan cabaran Ultraman (iaitu cabaran endurance selama tiga hari).
alt
Selain itu ada juga acara sampingan yang diadakan termasuk games dan acara menarik lain.

Sementara itu lebih 11,000 orang sudah mengesahkan penyertaan dalam Standard Chartered KL Marathon 2009 yang akan diadakan pada 28 Jun ini di Dataran Merdeka, Kuala LUmpur. Untuk keteranagan lanjut pasal maraton tu boleh lawati www.kl-marathon.com.




No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: